Thursday, July 9, 2009

FALSAFAH SAINS

Kod Kursus. ZT 2383
Unit: 3 Jam Kredit
Taraf:U3

.
Kursus ini membincangkan tentang sumber-sumber ilmu pengetahuan manusia, sejauh mana sesuatu sumber ilmu pengetahuan itu boleh diyakini kebenarannya dan keterbatasan-keterbatasan ilmu pengetahuan manusia. Perkara yang dibincangkan antaranya sumber ilmu (maklumat) dari mitos, wahyu dan sains. Apakah berlaku keselarian antara mitos dengan agama, mitos dengan sains, agama dengan sains dan sebagainya atau apakah ada percanggahan antara sumber-sumber ilmu pengetahuan tersebut.
.
Tempoh Satu Semester: 14 Minggu Kuliah (2 jam kuliah dan 1 jam tutorial).
Minggu 1.
Pengenalan ilmu falsafah.
Definisi falsafah, sejarah perkembangan falsafah, cabang-cabang falsafah.
Minggu 2.
Definisi-definisi sains. sejarah perkembangan sains. Zaman awal Greek, Zaman Pra Socrates. Zaman Socrates, Zaman Islam, Zaman Pertengahan Eropah,
.
Minggu 3.
Perbincangan tentang Mitos.
Definisi mitos dan mitologi. Mitologi Greek, Mitologi India, Mitologi Melayu dan lain-lain. Contoh mitos Greek, India, Jawa, Melayu, China (Gerhana Matahari: Matahari ditelah oleh naga). (Sakit Riket disebabkan oleh tulah/badi) Bolehkah mitos diyakini kebenarannya?.
Minggu 4
Permulaan penggunaan akal/logik pada zaman Pra-Socrates, tokoh-tokoh nijaksana Greek Pra Socrates, Zaman Socrates (Socrates, Plato dan Aristotele), sumbangan zaman Pra Socrates terhadap pembinaan Ilmu sains dan logik, Logik dan falsafah Greek, Logik Aristotele.
Minggu 5.
Falsafah dan Logik dibawa ke tamadun Islam. Sifat Islam yang mementingkan Ilmu pengetahuan. Al-Quran dan hadith Nabi yang menggalakkan mempelajari Ilmu (bukan setakat Ilmu agama). Perkembangan sains dan mathematik dalam tamadun Islam di dorong oleh al-Quran dan al-Hadith serta penerimaan falsafah dan logik Greek. Mazhab Mutazilah yang mengagungkan akal, tokoh-tokoh sains dalam Tamadun Islam seperti Ibn Sina, al-Razi, Jabir Ibn Hayyan dll merupakan ahli falsafah serta logik. Tentangan dari Mazhab Ashariyyah dll.
.
Minggu 6.